KALENDAR

 

MENGENAI DASAR KOPERASI NEGARA (DKN) - 2011-2020

Dasar Koperasi Negara (DKN) 2002-2010 telah diperkenalkan dengan menggariskan beberapa strategi pelaksanaan untuk membolehkan gerakan koperasi berperanan lebih aktif dalam pembangunan negara bersama-sama sektor awam dan swasta. Di bawah DKN 2002-2010, struktur kepertanggungjawaban pihak berautoriti diperkemaskan di mana semua jenis koperasi telah diletak di bawah satu Kementerian dengan satu pihak berautoriti iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
 
Sebelum ini, koperasi asas tani dipantau oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan koperasi perikanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Dasar ini telah berjaya menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan gerakan koperasi secara teratur dan tersusun. Pelaksanaannya dilakukan melalui program pembangunan perniagaan, akses kepada sumber pembiayaan, penerapan pembudayaan keusahawanan, pengemaskinian perundangan dan peningkatan dalam pengawal seliaan koperasi.
 

Impak daripada pelaksanaan program ini adalah peningkatan dalam pertumbuhan gerakan koperasi, kesejahteraan masyarakat koperasi dan sumbangannya kepada pembangunan negara.

 

Buku Panduan DKN (2011-2020)

DKN (2011-2020) - versi rangkuman  
DKN (2011-2020) - versi lengkap  

DKN (2011-2020) - kajian semula

       
 
Landskap Dasar Koperasi Negara (2011-2020)
(Sila klik pada TS I, TS II, TS III, TS IV, dan TS V untuk maklumat lanjut.)
 Dasar Koperasi Negara (2011 2020)teras strategik ts1 ts2 ts3 ts4 ts5
petunjuk prestasi

 


 

fungsi aktiviti koperasi

 

Aktiviti-aktiviti Ekonomi Koperasi Mengikut Fungsi

 

KEWANGAN & PERBANKAN

Koperasi dengan fungsi kewangan dan perbankan telah mempelopori perkembangan gerakan koperasi sejak tahun 1920an. Koperasi fungsi ini menjalankan aktiviti kewangan iaitu menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang berpatutan. Aktiviti lain di bawah fungsi ini ialah pajak gadai secara islam (Ar-Rahnu), pelaburan dan perkhidmatan insuran. Anggota-anggotanya adalah terdiri daripada mereka yang bergaji tetap terutamanya di sektor awam, badan berkanun dan swasta. Pada masa ini 2 buah koperasi yang khusus menjalankan fungsi perbankan iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.

 

PERUMAHAN

Tumpuan koperasi jenis ini ialah menjalankan projek-projek perumahan untuk anggota-anggotanya. Kebanyakan projek bertumpu kepada rumah berkos rendah dan sederhana. Harga jualan rumah-rumah ini adalah di dalam lingkungan keupayaan anggota dan pada umumnya sekitar 20% hingga 30% lebih rendah daripada harga yang lazimnya ditawarkan di pasaran.

 

PENGGUNA

Tujuan utama koperasi fungsi pengguna adalah untuk membantu anggota-anggotanya mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Di antara aktiviti yang dijalankan oleh koperasi ini adalah seperti pasar mini, pasaraya, kedai runcit, stesen minyak, kedai alatan rumah dan lain-lain.

Koperasi fungsi pengguna di peringkat sekolah pula diperkenalkan dengan tujuan untuk menanam sifat berjimat-cermat dan memupuk asas keusahawanan di kalangan pelajar. Di antara aktiviti utama yang dijalankan ialah mengusahakan kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas komputer.

 

PENGANGKUTAN

Sebahagian besar koperasi fungsi pengangkutan adalah terdiri daripada koperasi di rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti mengangkut hasil pertanian ke kilang pemprosesan. Selain daripada koperasi peserta rancangan, koperasi lain yang menjalankan fungsi pengangkutan adalah seperti koperasi pengusaha teksi, pengusaha bas dan lori.

 

PERLADANGAN

Koperasi yang didaftarkan di bawah fungsi peladangan menjalankan aktiviti pembangunan dan pengurusan tanah pertanian. Di antara tanaman utama yang diusahakan oleh koperasi-koperasi ini ialah getah, kelapa sawit, nanas, koko dan sayur-sayuran.

 

PERINDUSTRIAN

Sebahagian besar koperasi fungsi perindustrian adalah terdiri daripada koperasi-koperasi yang menjalankan kegiatan industri kecil yang lebih dikenali sebagai Koperasi Industri Kampung (KIK). KIK ditubuhkan bertujuan mengumpulkan sumber-sumber untuk mengeluar, memasar dan menghasilkan barangan daripada hasil anyaman, barangan hiasan tembikar dan perak dan barangan perabot.

 

PEMBINAAN

Koperasi fungsi pembinaan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan jambatan kecil, jalan-jalan dan kerja penyelenggaraan umum. Di antara koperasi-koperasi yang terlibat dengan kegiatan pembinaan ialah Koperasi Pembangunan Daerah (KPD), koperasi di rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA.

 

PERKHIDMATAN

Koperasi fungsi perkhidmatan merupakan koperasi-koperasi yang di dalam aktiviti dan kegiatan selain daripada yang berkaitan dengan fungsi kewangan, pengguna, perladangan, pengangkutan, perindustrian, pembinaan dan perumahan. Di antara perkhidmatan yang dijalankan oleh koperasi-koperasi ini ialah pengurusan dana, penyelenggaraan bangunan dan kawasan perumahan, sewaan bangunan/ lot-lot gerai, pusat asuhan kanak-kanak, kelas komputer, pusat pembayaran bil dan seumpamanya.

 
 
 

 logokobera

PENGENALAN

Pelancaran Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 20 Julai 2008 di Pusat Konvensyen Putrajaya.

Konsep penubuhan KOBERA mensasarkan golongan rakyat miskin dan ditubuhkan di 576 DUN di seluruh negara.

Struktur keanggotaan KOBERA dirangka dengan menyesuaikan hasrat kerajaan bagi membasmi kemiskinan iaitu terdiri daripada sama ada salah satu atau komponen kumpulan sasar berikut:

i. Ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK asas isi rumah;

ii. Individu berusia 18 tahun yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah paras PGK per kapita;

iii. Orang asli, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim yang termasuk dalam kategori di atas, dan;

iv. Pemimpin masyarakat yang terlibat dengan program kemiskinan dalam kawasan DUN sebagai penggerak kepada koperasi ini

 

Terdapat 3 pilihan kaedah penubuhan koperasi ini yang dicadangkan iaitu:

Senario/ Keadaan Rangka Tindakan
DUN yang telah mempunyai koperasi bagi golongan rakyat miskin Koperasi sedia ada dikekalkan
Bagi koperasi tidak aktif kerana ALK dan anggota asal tidak dapat dikesan Koperasi diaktifkan dengan golongan miskin sebagai anggota baru
DUN yang belum mempunyai koperasi golongan miskin Koperasi baru ditubuhkan

Penubuhan
- Senarai golongan miskin;
- Jabatan Kebajikan Masyarakat;
- Pejabat Baitulmal/ Pusat Zakat;
- Pejabat Daerah;
- Jabatan Orang Asli;
Pengurusan
- Anggota Lembaga koperasi (Min. 6 orang; Max. 15 orang);
- 2/3 dipilih oleh mesyuarat agung koperasi;
- 1/3 dilantik dari kalangan masyarakat yang dicalon oleh ADUN*
Proses Penubuhan
- 10 orang penaja;
- Kumpulan tidak kurang 50 orang bakal anggota;
- Penerangan tujuan penubuhan KOBERA oleh SKM;
- Mesyuarat agung permulaan;
- Proses mendaftarkan KOBERA;
Pengurusan Koperasi
- Menempatkan pengurus secara attachment graduan pengurusan koperasi daripada MKM; atau;

- Menempatkan pengurus sementara dari kalangan pegawai SKM yang bersara dengan insentif elaun dibiayai melalui dana CCF; atau;

- Anggota atau anak anggota dilatih sebagai pengurus koperasi dengan bimbingan dan bantuan SKM; atau

- SKM menawarkan satu kumpulan pengurusan melalui Skim Latihan Sambilan/ Sangkutan Graduan Menganggur untuk satu tempoh koperasi berdikari.
Pembiayaan
- Geran pelancaran RM30,000 setiap koperasi**;

- Pinjaman tanpa cagaran RM50,000 sebagai modal pusingan aktiviti ekonomi;
Aktiviti Koperasi
- Aktiviti asas tani berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti tanaman melalui kaedah fertigasi dan penternakan haiwan.***;

- Pengeluaran produk seperti makanan ringan, kraftangan dan hasil laut.;

- Tanaman komersial berasaskan herba seperti serai, daun limau purut, nilam, tanaman ubatan dengan jaminan pembelian;

- Aktiviti perkhidmatan seperti pencucian dan penyelenggaraan bangunan, dobi percetakan, keluaran bahan bangunan, perkhidmatan eco-pelancongan.
Bimbingan
Bimbingan berterusan daripada SKM, MKM, Angkasa, agensi teknikal dan ADUN kawasan:

- Bimbingan;
- Latihan;
- Pemasaran.

Nota:

* Satu pertiga daripada Anggota Lembaga Koperasi yang dicalonkan oleh ADUN hendaklah direstui oleh Y.B. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

** Geran pelancaran RM30,000 digunakan untuk membiayai caruman modal syer anggota sebanyak RM100 bagi setiap orang yang dikeluarkandalam bentuk modal syer.

*** Aktiviti asas tani yang berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti tanaman sayuran, cili, tomato, orkid, cendawan dan ternakan ikan keli. Pengeluaran berasaskan jaminan pasaran melalui contract farming dan agensi kerajaan bertindak sebagai mentor kepada aktiviti berkenaan.