KALENDAR
 

         
    ENCIK MOHD ROSSALI BIN MORSALIN
  
rossali[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 
Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan (BSK) bertanggungjawab ke atas Penguatkuasaan Akta Koperasi 1993 selaras dengan kuasa dan fungsi Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah peruntukan Seksyen 23, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.
 
 
 
Objektif dan Fungsi
 
i.

Menerima dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima mengenai koperasi.

ii.

Menjalankan Pemeriksaan di bawah Seksyen 64, Akta Koperasi 1993 ke atas koperasi, perbadanan berkaitan atau subsidiari-subsidiarinya.

iii.

Menjalankan Siasatan/Inkuari di bawah Seksyen 66, Akta Koperasi 1993 ke atas koperasi dan perbadanan berkaitannya

iv.

Menjalankan Penyiasatan di bawah Seksyen 45, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 bagi tujuan tindakan kompaun dan pendakwaan.

v.

Pemantauan Seksyen 67 dan Seksyen 69 Akta Koperasi 1993.

vi.

Menyediakan tawaran kompaun di bawah Seksyen 93 Akta Koperasi 1993.

       
       
       
Organisasi
       

Struktur organisasi Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit seperti berikut:

       

Unit Aduan dan Kompaun

i.

Menerima aduan dan menyelesaikan aduan

ii.

Merujuk kes ke Pemeriksaan Seksyen 64 atau Siasatan Seksyen 45 Akta Koperasi 1993 bagi aduan yang berkaitan.

iii.

Merekodan aduan dan mengemaskini status aduan

iv.

Pengendalian maklum balas pelanggan

v.

Kompaun

vi.

Menyemak Pelantikan Anggota Lembaga di bawah subseksyen 43(2), Akta Koperasi 1993

   

Unit Pemeriksaan

i.

Menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen 64 dan mencadangkan tindakan perundangan

ii.

Menjalankan operasi penyemakan dan penyitaan dokumen koperasi untuk tujuan pemeriksaan

iii.

Menyediakan surat pemberitahuan hasil pemeriksaan dan perintah bertulis SKM di bawah Seksyen 67 Akta Koperasi 1993 bagi mengarahkan koperasi mengambil tindakan pembetulan atas kecacatan-kecatatan yang didedahkan dari hasil pemeriksaan

iv.

Menyediakan perintah-perintah SKM untuk tindakan undang-undang(langkah pengawalan) di bawah Seksyen 69 Akta Koperasi 1993.

v.

Menjalankan siasatan/ inkuari di bawah Seksyen 66 Akta Koperasi 1993 dan mencadangkan tindakan perundangan/ pencegahan.

vi.

Memperakukan tindakan penyiasatan atas kes-kes kesalahan serius dan ketidakpatuhan atas perintah-perintah Suruhanjaya

vii.

Menjalankan Pemantauan atas perintah Akta Koperasi 1993

   

Unit Penyiasatan

i.

Menjalankan penyiasatan dan mencadangkan tindakan perundangan.

ii.

Menjalankan operasi penggeledahan dan penyitaan.

iii.

Menangkap atau menyerahkan saman kepada suspek (OKT)

iv.

Menguruskan barang kes, saksi dan memberi keterangan

v.

Mengeluarkan perakuan pelepasan/pelupusan barang kes

vi. Menyediakan atau memperakukan hasil kerja mengikut spesifikasi arahan
       
       
       




 

         
    ENCIK MARCELLINUS ANDREAS
  
marcel[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH AUDIT KOPERASI        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

• Bahagian Audit Koperasi (BAK) bertanggungjawab berkaitan pengauditan akaun koperasi, pandangan ke atas penyata kewangan teraudit koperasi serta memproses kelulusan permohonan di bawah Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi, Arahan dan Garis Panduan.

• Tugas dan tanggungjawab ini terletak di bawah sektor operasi dan kawalselia.
 
Objektif
   

Mewujudkan pelaporan penyata kewangan koperasi yang seragam;

Memastikan pelaksanaan proses pengauditan yang berkesan dan kemaskini ke atas akaun-akaun koperasi; dan

Memastikan pematuhan pelaporan penyata kewangan koperasi melalui penyediaan pandangan Suruhanjaya.

   
   
   
Fungsi
 
 

1.   Menyemak dan meneliti akaun-akaun teraudit koperasi untuk diberi Pandangan Suruhanjaya di bawah subseksyen 59(2) Akta Koperasi 1993(Akta)
2.   Melaksanakan pengauditan ke atas akaun koperasi di bawah subseksyen 60(2) Akta
3.   Memproses permohonan dividen secara atas talian di bawah perenggan 57(5)(b) dan subseksyen 57(8) Akta
4.   Memproses permohonan honorarium secara atas talian di bawah perenggan 57(5)(c) Akta
5.   Memproses permohonan penerbitan syer bonus secara atas talian di bawah peraturan 28, Peraturan – Peraturan Koperasi 2010 dan perenggan 57(1B)(b)Akta
6.   Memproses penilaian semula tanah atau/dan bangunan sebagai aset tetap di bawah perenggan 55(1)(b) Akta
7.   Memberi kelulusan kepada individu berkelayakan untuk mengaudit akaun koperasi secara atas talian di bawah subseksyen 61(1) Akta
8.   Melaksana semakan kualiti audit yang dijalankan oleh Juruaudit Swasta yang diberi kelulusan mengaudit di bawah subseksyen 61(1) Akta
9.   Melaksana semakan kualiti audit yang dijalankan oleh Juruaudit SKM Negeri
10. Memantau prestasi pengauditan akaun koperasi (juruaudit SKM dan juruaudit swasta)
11. Menyediakan garis panduan/manual berkaitan audit dan akaun.
12. Memantau prestasi kutipan fi audit Suruhanjaya
13. Mengurus latihan kakitangan Bahagian Audit Koperasi Ibu Pejabat dan Negeri
14. Mengurus dan memantau prestasi program-program berkaitan pengauditan akaun koperasi (PKASA dan PAKAR)





 

 

Zul Azmi bin Mat Adam          
    EN. ZUL AZMI BIN MAT ADAM
  zulazmi[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH AUDIT DALAM        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Audit Dalam SKM ditubuhkan pada 1 Januari 2008. Penubuhan Bahagian Audit Dalam ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang mewajibkan Badan Berkanun Persekutuan menubuhkan Unit Audit Dalam. 

Bahagian Audit Dalam diletakkan di bawah Jawatankuasa Audit SKM bagi urusan pengoperasian dan pelaporan dan di bawah pihak Pengerusi Eksekutif bagi urusan pentadbiran.
 
 
Terma Rujukan Audit Dalam
 
Terma Rujukan Unit Audit Dalaman SKM adalah seperti di pautan <berikut>.
 
 
Objektif
 

Membantu Suruhanjaya Koperasi Malaysia mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin bagi menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urusnya;

Membantu pihak pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam menjalankan proses pengurusan (proses 4P) iaitu proses perancangan, organisasi, pengarahan dan pengawalan terhadap organisasi ini;

Membantu pihak pengurusan dalam proses penambahbaikan sistem pengoperasian bahagian-bahagian dan unit-unit di Suruhanjaya Koperasi Malaysia; dan

Membantu pihak pengurusan dalam memastikan perjalanan gerak kerja bahagian-bahagian dan unit-unit di Suruhanjaya Koperasi Malaysia mematuhi dasar, peraturan dan piawaian (standard) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, pihak pengurusan dan pihak berwajib yang lain.

       
       
       
Fungsi
 

Bidang tugas dan tanggungjawab Bahagian Audit Dalam yang telah termaktub di bawah perenggan 7.1.4, Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 adalah seperti berikut:

1.

Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik;

2.

Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawalan operasi;

3.

Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut;

4.

Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai;

5.

Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut;

6.

Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenalpasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan;

7.

Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan dan sama ada ia telah dilaksanakan sepertimana yang dirancangkan;

8.

Menyelaras tugas Bahagian Audit Dalam dan Audit Luar;

9.

Bersama-sama merancang, merekabentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek:

  (a)

Ciri-ciri kawalan;

  (b)

Ciri-ciri ketepatan;

  (c)

Keupayaan merekod dokumentasi, supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Badan Berkanun mencapai matlamatnya;

   
10.

Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Ketua Eksekutif dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan;

11.

Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit;

12.

Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan;

13.

Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh Badan Berkanun berkenaan telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya;

14.

Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya;

15.

Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit yang meliputi perkara berikut:

  i.

Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting;

  ii.

Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit;

  iii.

Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan;

  iv.

Perancangan kerja audit;

  v.

Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit; dan

   
16. Pengarah Audit Dalam hendaklah menjadi Setiausaha Mesyuarat JAD.
       
       
Bidang Kuasa Bahagian Audit Dalam
 
 i.

Bidang kuasa Bahagian Audit Dalam diwujudkan melalui Jawatankuasa Audit SKM (JAD) yang telah diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah SKM. Bahagian ini secara fungsinya melapor kepada JAD, dan melapor kepada Pengerusi Eksekutif SKM (PE) bagi urusan pentadbirannya;

 ii.

Bahagian Audit Dalam mempunyai capaian penuh, bebas dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat, rekod, sistem, aset, fungsi, operasi dan wargakerja di SKM, cawangan serta subsidiari SKM;

 iii.

Bahagian Audit Dalam mempunyai capaian penuh, bebas dan tidak terhad terhadap sebarang maklumat, rekod, sistem, aset, fungsi, operasi dan wargakerja di SKM, cawangan serta subsidiari SKM;

 iv.

Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab untuk menjalankan pengauditan dalaman atau siasatan secara bebas, cekap, berintegriti dan berkualiti berasaskan bukti yang sahih dan seterusnya mengeluarkan laporan yang benar dan saksama terhadap aktiviti pengauditan dalaman yang dijalankan;

 v.

Bahagian Audit Dalam mempunyai autoriti untuk mengesyorkan tindakan pembetulan atau penambahbaikan terhadap proses atau aktiviti yang diaudit; dan

 vi.

Bahagian Audit Dalam perlu menjaga kerahsiaan terhadap maklumat-maklumat yang diperolehi.

       
       
       
Kebebasan Bahagian Audit Dalam
 

Kebebasan Bahagian Audit Dalam adalah penting bagi mengelakkan pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah. Ia dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah sepeti berikut:

1.

Status Bahagian Audit Dalam di dalam struktur SKM keseluruhannya mestilah cukup jelas bagi membenarkan juruaudit menyempurnakan objektif audit;

2.

Kedudukan dan status Ketua Audit Dalam mestilah setara dengan kedudukan dan status pengarah-pengarah bahagian, negeri dan unit yang lain bagi membolehkan beliau berurusan secara berkesan dengan rakan setara dan pihak atasan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau;

3.

Mengelak percanggahan kepentingan yang mungkin timbul daripada hubungan profesional atau peribadi juruaudit dengan wargakerja atau entiti yang diaudit;

4.

Kebebasan untuk merancang, menyiasat dan melapor daripada sebarang elemen kawalan, pengaruh, tekanan atau sekatan luar dalam memilih teknik, mendapatkan maklumat serta menyediakan kenyataan sebenar hasil pemeriksaan audit; dan

5.

Bahagian Audit Dalam tidak mereka bentuk dan menetapkan prosedur, menyediakan rekod atau terlibat dengan aktiviti lain yang lazimnya dikaji dan dinilai semula yang boleh ditafsirkan berkompromi dengan kebebasan dan objektifnya. Namun begitu, kebebasan Bahagian Audit Dalam tidak akan terjejas dalam mencadangkan tahap kawalan yang akan digunapakai dalam membangunkan sesuatu sistem atau prosedur

       
       
Piagam Pelanggan Bahagian Audit Dalam
 

Kebebasan Bahagian Audit Dalam adalah penting bagi mengelakkan pertimbangan yang tidak adil dan berat sebelah. Ia dapat dilaksanakan melalui kaedah-kaedah sepeti berikut:

 
1.

Perancangan Audit

  i.

Menyediakan Perancangan Audit Tahunan untuk tahun yang akan datang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit SKM Suku Keempat (Oktober-Disember) untuk mendapatkan kelulusan daripada JAD.

2.

Pelaksanaan Kajian Audit

  i.

Menyediakan dan menghantar laporan keseluruhan audit kepada auditee dalam tempoh empat belas (14) hari selepas mesyuarat penutup (exit-meeting) diadakan dengan pihak auditee; dan

  ii.

Memastikan laporan audit disediakan secara benar dan saksama.

3.

Kajian Audit Susulan

  i.

Membuat lawatan audit susulan ke atas pihak auditee untuk memastikan pelaksanaan tindakan penambahbaikan dalam tempoh enam (6) bulan selepas laporan keseluruhan audit dibentangkan di dalam Mesyuarat JAD.

4.

Mesyuarat JAD

  i.

Mengeluarkan draf minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mesyuarat diadakan; dan

 
  ii.

Mengedarkan minit mesyuarat dan cabutan minit mesyuarat kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minit mesyuarat disahkan oleh Pengerusi JAD.

 
       
       




 

 

no photo 1458090048          
    TUAN WAN ZAINUL AZAMIN BIN KHAMID @ ABD MAJID  
  
wanazamin[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENASIHAT UNDANG-UNDANG        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Fungsi dan Tugas
 
1.

Bahagian Undang-Undang berperanan sebagai badan penasihat khususnya di dalam memberi nasihat berkaitan aspek perundangan khususnya berhubung Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Akta Koperasi 1993, Perundangan Subsidiari di bawah Kedua-dua Akta tersebut dan undang-undang Malaysia yang lain berkenaan dengan perkara yang dirujuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia termasuk:-

  a.

mentafsir undang-undang;

  b.

menghadiri mesyuarat dan memberi nasihat undang-undang mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya adalah menurut undang-undang;

  c.

menghadiri sesi persidangan Parlimen untuk memberi apa-apa bantuan yang bersifat undang-undang apabila dikehendaki kepada Menteri.

     
2.

Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya Suruhanjaya merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Suruhanjaya dilindungi.

     
3.

Menyemak dan menyediakan naskhah pewartaan dan dokumen-dokumen untuk tandatangan/ persetujuan YB Menteri, Pengerusi Eksekutif apabila dirujuk oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

     
4.

Mengubal dan menyemak perundangan utama dan perundangan subsidiari Rang Undang-Undang dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris termasuk :-

  a.

memberikan pendapat tentang penggubalan perundangan utama dan perundangan subsidiari;

  b.

memberi nasihat mengenai perkara yang baginya Suruhanjaya berhasrat untuk mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang, peraturan, garis panduan dan pekeliling mengenai perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Suruhanjaya.

     
5.

Menjalankan penyelidikan atau kajian mengenai perkara undang-undang apabila dikehendaki oleh Suruhanjaya.

   
6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti diarahkan dari masa ke semasa.
       
       
       






 

 

azizah sahar          
    PUAN AZIZAH BINTI SAHAR
  
azizahs[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH INTEGRITI        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Integriti Suruhanjaya ditubuhkan berkuatkuasa pada 17 Oktober 2013 melalui keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM Bil. 5/2013 yang bersetuju mengguna pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 iaitu penubuhan unit integriti di semua agensi awam. Mesyuarat juga bersetuju untuk menggabungkan Unit Audit Dalam dan Unit Integriti dengan nama Unit dan Integriti dan Audit Dalam. Pada 27 Februari 2014, Mesyuarat Lembaga Pengarah SKM Bil. 1/2014 telah memutuskan untuk pengasingan di antara Unit Integriti dan Unit Audit Dalam.

Unit ini telah ditukarkan kepada Bahagian Integriti pada Mei 2014. Penubuhan Bahagian ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi dan bertindak sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. 

Bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) unit seperti berikut:
 
i. Unit Pengukuhan, Tadbir Urus & Pematuhan; dan
ii. Unit Pengurusan Aduan, Pengesanan, Pengesahan & Tatatertib
       
       
       


Objektif
 

Objektif bahagian ini ialah untuk membentuk modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, beretika, berintegriti dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas selaras dengan Kod Etika dan Nilai-nilai Murni Suruhanjaya. Selain itu, objektif Bahagian ini adalah untuk memenuhi aspirasi Kerajaan ke arah pencapaian hala tuju agenda Integriti Nasional serta memastikan urus tadbir perkhidmatan awam yang cemerlang selaras dengan Pelan Integriti Nasional (PIN).

 
 
Fungsi Utama
 

Bahagian ini berperanan untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut :

Memastikan tadbir urus yang terbaik di laksanakan;

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

Menjalankan pengesanan dan pengesahan ke atas aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil dan melaporkan salah laku jenayah;

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan

Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib.