KALENDAR

 

Strategi Kami  
 

STRATEGI 1

Memperluaskan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi dan rantaian ekonomi bernilai tinggi.

STRATEGI 2

Mewujudkan koperasi-koperasi yang berskala besar dan disenaraikan sebagai koperasi bertaraf global dan diiktiraf.

STRATEGI 3

Menggalakkan kepelbagaian aktiviti melalui pewujudan rantaian nilai dan aktiviti nilai ditambah melalui penggabungan dan kerjasama strategik dengan koperasi dan lain-lain sektor ekonomi.

STRATEGI 4

Membangunkan modal insan ke arah pembentukan profesionalisme dalam pengurusan koperasi.

STRATEGI 5

Memperkukuhkan penyeliaan, pengawasan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus koperasi secara teratur berdasarkan prinsip-prinsip, falsafah dan perundangan koperasi.

STRATEGI 6

Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi sebagai penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

STRATEGI 7

Memperkasakan budaya kerja cemerlang dan profesional serta meningkatkan kompetensi modal insan ke arah sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

 
       
       

 

Falsafah Kami  
 

SKM komited memajukan koperasi melalui persekitaran yang kondusif bagi membangunkan koperasi yang berdaya saing dan menyumbang kepada pembangunan negara;

SKM memudahkan sistem penyampaian perkhidmatan melalui penambahbaikan proses kerja yang dinamik untuk membantu mencapai dasar-dasar pembangunan koperasi;

Anggota kerja SKM diberi latihan dan diterapkan dengan nilai-nilai murni serta jaminan kemajuan kerjaya supaya mereka berkhidmat dengan kompeten, ikhlas, berintegriti dan penuh komitmen; dan

SKM memastikan koperasi dikawal selia secara berterusan dan profesional berlandaskan Akta dan Peraturan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi.

 

Misi Kami  
       

Merangsang pembangunan koperasi supaya kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti

Meningkatkan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi

Membangunkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan

 

 

   
Visi Kami  
       

" Peneraju Kecemerlangan Koperasi Bagi Menjadikannya Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara ".

       
       
       

Latar Belakang

Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi atau ringkasnya PULAKOP terletak di Kinarut, Papar, Sabah iaitu 25km dari Kota Kinabalu dengan keluasan sebesar 15 ekar. Ia mula dibina pada 14 Disember 1999 dan siap pada 22 Ogos 2003 dan mula beroperasi pada 1 September 2003. PULAKOP adalah dibawah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK). Pada ketika itu yang kini ditukar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sebuah agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

 

Objektif

Objektif penubuhan PULAKOP ialah:

a. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja SKM sesuai dengan dasar 'knowledge workers' kerajaan melalui latihan-latihan berterusan yang dianjurkan supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan berkesan selaras dengan perlaksaan 'Dasar Koperasi Negara' dalam usaha membangunkan gerakan koperasi.

b. Mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan SKM melalui latihan.

c. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota-anggota dan pekerja-pekerja koperasi melalui latihan-latihan berterusan yang dianjurkan khusus dalam bidang pengkoperasian dan lain-lain bidang berkaitan supaya prinsip dan falsafah koperasi dan tadbir urus yang baik diamalkan dalam gerakan koperasi selaras dengan pelaksanaan "Dasar Koperasi Negara".

d. Meningkatkan penglibatan secara aktif anggota-anggota dalam pengurusan koperasi yang demokratik.

 

Fungsi

Fungsi PULAKOP ialah mengadakan, kursus, seminar dan bengkel khusus serta mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar untuk pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta untuk anggota dan pekerja koperasi.

 

Misi

Untuk menjadikan PULAKOP sebagai Pusat Latihan yang terulung di negara ini bagi melatih pegawai-pegawai SKM, anggota-anggota koperasi dan lain-lain golongan yang terlibat dalam gerakan koperasi.

 

Mengenai Kami   
 

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).

Akta Koperasi 1993 (Act 502) kemudiannya telah digubal bagi menyatukan undang-undang koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.

 

Objektif Kami  
       

Merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara;

Mengalakkan sektor koperasi yang kukuh kewangannya, progresif dan mampan; dan;

Mengekalkan keyakinan dalam gerakan koperasi.

 

 

   
Fungsi Kami  
       

Mengalakkan serta mengekalkan kestabilan sektor koperasi;

Mengalakkan dan mempromosikan pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur;

Bertindak sebagai pemegang amanah dan untuk menguruskan apa-apa skim pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk koperasi;

Menasihati Menteri mengenai semua perkara yang berhubungan dengan koperasi dan sektor koperasi;

Menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain seperti yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta;

Bertanggungjawab dalam memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi;

Memelihara nilai dan prinsip koperasi;

Mendaftar dan membatalkan pendaftaran koperasi;

Mengadakan persekitaran yang sesuai bagi koperasi menjalankan aktivitinya.

       
       
       
 

no photo 1458090048          
    KOSONG
  
[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH BAHAGIAN PENGESANAN DAN PENILAIAN RISIKO        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

HARAP MAAF
 KANDUNGAN LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI