KALENDAR
 

Firdausislmail          
    ENCIK MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL
  
mohdfirdaus[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH SUMBER MANUSIA        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab melaksanakan Program Sokongan Pentadbiran seperti perkhidmatan/ perjawatan, latihan kakitangan dan pemantauan aktiviti kualiti.

Bahagian Sumber Manusia dibahagikan kepada tiga (3) unit seperti berikut:-

i. Perkhidmatan dan Perjawatan
ii. Latihan dan Peperiksaan
iii. Kualiti dan Inovasi
   
Objektif
 
Memastikan urusan perkhidmatan dan program latihan kakitangan SKM dilaksanakan dengan berkesan.
 
 
 
Organisasi
 
i.

Unit Perkhidmatan dan Perjawatan

 

Fungsi unit ini adalah seperti berikut:

 

Menguruskan segala urusan perjawatan dan kebajikan pegawai dan kakitangan;

 

Menguruskan emolumen dan lain-lain perkhidmatan berkaitan;

 

Menguruskan urusan displin dan tatatertib;

 

Melaksanakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia;

 

Menguruskan segala urusan pengembang koperasi

     
ii.

Unit Latihan dan Peperiksaan

 

Program-program latihan kakitangan yang dikendalikan oleh unit ini adalah dikategorikan seperti berikut:-

 

Latihan Dalaman - anjuran SKM di dalam negeri; dan

 

Latihan Luaran - anjuran SKM/ agensi kerajaan/ swasta di dalam negeri.

 

Latihan yang diberikan adalah menjurus ke arah mewujudkan barisan tenaga kerja SKM yang berpengetahuan dan terlatih.

   
iii.

Unit Kualiti dan Inovasi

  Unit ini bertanggungjawab memantau pelaksanaan berkaitan dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU dari semasa ke semasa. Penekanan utama unit ini ialah berkaitan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan pembentukan budaya inovasi dan kreativiti di SKM.
       
       
       




 

 

Norasarida binti Saleh          
    PN. NORASARIDA BINTI SALEH
  
norasar[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    BAHAGIAN PENGURUSAN PELABURAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan adalah merupakan salah satu bahagian yang diwujudkan di bawah Sektor Pembangunan apabila Suruhanjaya Koperasi Malaysia mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2008. Walau bagaimanapun, pengisian jawatan di Bahagian ini hanya dilaksanakan pada awal Mei 2008.

   
   
   
Objektif
 

Penubuhan Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan adalah bagi mencapai objektif-objektif berikut:

   
i.

Menguruskan pelaburan semua Kumpulan Wang di bawah pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sejajar dengan seksyen 37 Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007.

ii.

Mentadbir dan mengurus Kumpulan-Kumpulan Wang Amanah SKM.

iii.

Memupuk amalan prinsip-pinsip pengurusan kewangan yang terbaik.

       
       
       
Fungsi
 

Bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, Bahagian Pengurusan Dana dan Pelaburan melaksanakan fungsi-fungsinya seperti berikut:

 

Mengkaji, menggubal dan mendapatkan kelulusan terhadap Peraturan dan Dasar Pelaburan SKM;

Mengkaji instrumen-instrumen pelaburan di pasaran yang dapat memberi pulangan yang lebih tinggi tertakluk kepada Peraturan dan Dasar Pelaburan yang ditetapkan;

Melaburkan wang yang tidak diperlukan segera tanpa mengabaikan mudah tunai (liquidity) setiap Kumpulan Wang;

Mempastikan semua transaksi pelaburan dilakukan dengan cekap dan mematuhi Peraturan dan Dasar Pelaburan yang ditetapkan;

Menyimpan rekod transaksi dan pelaburan dengan kemas dan teratur;

Menyediakan laporan pelaburan yang tepat pada kadar segera (timely) kepada pelbagai stakeholder;

Bertindak sebagai Urusetia Jawatankuasa Kumpulan-kumpulan Wang SKM;

Menyelaras dan memantau dan melapor penggunaan Kumpulan Wang oleh "stakeholder" dalaman dan luaran; dan

Mengkaji peluang-peluang pelaburan yang boleh diterokai untuk disampaikan kepada koperasi.

 
   
   




 

 

RoshidahAbuBakar          
   PUAN ROSHIDAH BINTI ABU BAKAR
 
roshidah[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH PEMBIAYAAN DAN KAWALAN KREDIT        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Pembiayaan Kredit bertanggungjawab menguruskan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-JPK). TMP-JPK menerima peruntukan daripada Perbendaharaan di bawah Kumpulan Wang Amanah yang disatukan sejak tahun 1985 bagi menggantikan Kumpulan Wang Amanah Koperasi yang diwujudkan pada tahun 1978.

 
   » 
Klik untuk maklumat lanjut mengenai Pembiayaan Tabung Modal Pusingan Koperasi (TMP-JPK)
   
   
   
Objektif Bahagian
 

Membantu koperasi-koperasi terutamanya yang bersaiz kecil dan sederhana melaksanakan projek-projek berdaya maju dengan menyediakan kemudahan pinjaman bersyarat mudah;

Membantu koperasi memulihkan projek yang bermasalah;

Menggalakan koperasi melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial yang memberi manfaat kepada anggota.

Fungsi Bahagian
    

Memproses permohonan pinjaman koperasi mengikut tujuan-tujuan pembiayaan seperti berikut:- 

 1.

Perkhidmatan

  Kerja Kontrak
  Peruncitan/ Perniagaan/ Pemborongan
  Kewangan
  Pengangkutan
 

Pelancongan/ Penjagaan Diri dan Kesihatan

     
2.

Pertanian/ Perladangan/ Asas Tani

3.

Pembinaan

  Pembangunan Tanah
 

Pembelian Bangunan (real estate)

     
4.

Pembelian Bangunan (real estate)

  Mendapatkan bayaran balik pinjaman mengikut jadual.
  Menyimpan dan mengemaskini akaun-akaun pinjaman koperasi.
  Memantau projek-projek koperasi yang mendapat pinjaman TMPJPK.
       
       
       




 

 

Wan Zuraini          
    HAJAH WAN ZURAINI BINTI WAN YUSOF
  
zuraini[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH BAHAGIAN PERANGKAAN DAN PENYELIDIKAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

HARAP MAAF
 KANDUNGAN LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI




 

 

MOHD FIRDAUS HUSSIN          
    ENCIK MOHD FIRDAUS BIN HUSSIN
 
firdaus[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

HARAP MAAF
 KANDUNGAN LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI