KALENDAR
 

Norazila Mohd Zainol          
    PUAN NORAZILA BINTI MOHD ZAINOL
 
azilazainol[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH DASAR DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 

Bahagian Dasar dan Perancangan Pembangunan bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memperkasa serta memperkukuh pembangunan gerakan koperasi di negara ini.

Bahagian ini terbahagi kepada dua unit, iaitu:

1. Unit Perancangan Dasar    
2. Unit Pembangunan Strategik    
       
       
       




Objektif
 

Objektif bahagian ini ialah mewujudkan perancangan strategik dan penggubalan dasar-dasar serta rangka kerja yang kondusif bagi pembangunan Suruhanjaya dan gerakan koperasi.

 
 
Fungsi dan Tugas
 

Menjalankan aktiviti merancang, menggubal, menyelaras, memantau, mengkaji serta menambahbaik dasar-dasar berkaitan SKM dan gerakan koperasi termasuk melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

1.

Menguruskan hal ehwal berkaitan parlimen;

2.

Menetap,  memantau dan menilai pencapaian Key Performance Indicator (KPI) Kementerian dan SKM;

3.

Menjalinkan hubungan kerjasama antara SKM dengan Kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk luar negara, koperasi dan pihak swasta;

4.

Mengumpulkan data dan maklumat dari bahagian-bahagian lain di SKM dan pihak-pihak lain bagi penggubalan dasar-dasar SKM dan gerakan koperasi;

5.

Menyediakan laporan-laporan semasa dan berkala yang berkaitan dengan SKM dan gerakan koperasi yang diperlukan oleh Kementerian dan agensi Kerajaan di peringkat pusat dan negeri termasuk luar Negara; 

6.

Mengurus dan memantau pelaksanaan Dasar-dasar yang telah digubal dalam konteks SKM dan gerakan koperasi seperti:

  i. Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030;
  ii. Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030;
  iii. Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM) 2021-2025;
  ii. Pelan Transformasi SKM (PS) 2021-2025; dan
  iii. Pelan Strategik MEDAC 2021-2025.
   
7.

Mengurussetiakan mesyuarat-mesyuarat

 

 

 
 
   
       
       







 

 

norhayatizainuri          
    PUAN NORHAYATI BINTI AHMAD ZAINURI
  
azyati[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH STATUTORI DAN PENDAFTARAN        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

Pengenalan
 
Bahagian Statutori dan Pendaftaran (BSP) bertanggungjawab ke atas pentadbiran perlaksanaan perundangan oleh koperasi khususnya Akta Koperasi 1993, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, Peraturan-Peraturan Koperasi, Garis Panduan Koperasi dan Surat Arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
 
 
 
 
Objektif dan Fungsi
   

Mendaftarkan koperasi baharu dan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi (UUK) didaftarkan selaras dengan peruntukan Akta Koperasi 1993, dan Peraturan-Peraturan Koperasi;

Memastikan perundangan koperasi yang kondusif seiring dengan perubahan semasa;

Memastikan proses pembubaran koperasi adalah selaras dengan kehendak perundangan; dan

Mentadbir pelaksanaan perundangan koperasi.
   
   
   


Organisasi
 

i.

Unit Pendaftaran

 

Mendaftarkan koperasi baru dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil koperasi;

 

Menyediakan Undang-Undang Kecil koperasi yang seragam.

   

ii.

Unit Statutori

 

Menyediakan draf perundangan koperasi seperti Akta, Peraturan-Peraturan Koperasi, Arahan, Garis Panduan Koperasi dan Surat Pekeliling atau Notis Suruhanjaya;

 

Mendapatkan pandangan perundangan koperasi;

 

Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada koperasi dalam menjalankan aktivitinya bagi memastikan tidak bercanggah dengan perundangan koperasi, mana-mana undang-undang bertulis dan nilai-nilai koperasi.

   
iii.

Unit Likuidasi

 

Memastikan proses pelikuidasian koperasi mematuhi kehendak Akta Koperasi 1993 dan Garis Panduan Koperasi sehingga selesai pembatalan diwartakan.

     

iv.

Unit Pengawalan
 

Menguruskan pelaksanaan kuasa, fungsi dan tugas Suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan di bawah Akta Koperasi 1993;

 
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada koperasi terhadap pemakaian perundangan koperasi.
       
       
       




 

 

zahir dahari 1451535889          
   ENCIK ZAHIR BIN DAHARI
 
zahir[at]skm[dot]gov[dot]my
       
    PENGARAH PENYELIAAN DAN TADBIR URUS KOPERASI        
  staffdiiectory DIREKTORI BAHAGIAN        
             
 

 

HARAP MAAF
 KANDUNGAN LAMAN INI SEDANG DIKEMASKINI




 

Zahir Dahari

En. Zahir bin Dahari

zahir[at]skm[dot]gov[dot]my


Pengarah Perangkaan, Penyelidikan Dan Penerbitan

KANDUNGAN LAMAN INI SEDANG DIKEMAS KINI

Mahmud Kadar1


En. Mahmud bin Kadar

mahdar[at]skm[dot]gov[dot]my

Pengarah Co-opbank

KANDUNGAN LAMAN INI SEDANG DIKEMAS KINI